Selasa, 21 September 2010

Taklimat Program Integrasi Pendidikan Khas

Taklimat ini adalah yang pertama kali diadakan sejak dibuka kelas Pendidikan Khas di sekolah ini. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada ibu bapa murid Pendidikan khas mengenai maklumat-maklumat yang seharusnya diketahui termasuklah pengenalan Pendidkan Khas, objektif, elaun, jadual waktu, senarai kelengkapan murid dan sebagainya. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai taklimat ini;

Tarikh : 24 Mei, 2010
Tempat : Kelas Pend. Khas
Masa : 9.00 - 10.30 pagi

Agenda:

- Ucapan PK1 mewakili GB
- Taklimat oleh En. Donny Koh dan Cik Felicia Nandu
- Hal-hal lain
- Pengisian borang










Rabu, 13 Januari 2010

Blog Pendidikan Khas Sk. Ladang Sapong (PKhas SKLS), Tenom

Salam Tahun Baru 2010,

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan pembaca blog. Pada tahun ini, kelas Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Sk. Ladang Sapong telah dibuka sebagai sekolah perintis yang kedua di daerah Tenom berikutan dengan penempatan dua orang guru baru pendidikan khas (Masalah Pembelajaran). Dengan perubahan arus dunia globalisasi yang begitu pantas maka dengan ini PKhas SKLS telahpun membina blog ini untuk perkongsian ilmu terutamanya dalam bidang pendidikan khas. Maklumbalas dari pihak pembaca sangat kami harapkan bagi memperbaiki lagi blog ini. Sekian dahulu...